Thursday, 5 March 2015

Backup entri Blog

BACKUP BLOG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca sekalian.

Kali ni nak share skit cara-cara nak backup entri di blog.

Sebelum ni pon ada orang bertanyakan cara-cara nak simpan semua entri yang telah dibuat. Masa tu saya tak berapa pasti caranya. Baru-baru ni dapat pula tunjuk ajar daripada sahabat dalam group. Jadi disini saya share cara-cara mudah untuk backup blog. Langkah yang ditunjukkan hanya sesuai untuk blogspot.com je ya.

Kredit kepada empunya blog afhamrusli.blogspot.com

Backup.

Langkah 1.
Sign In ke blogspot anda. Masuk ke dashboard dan klik pada 'setting'.
Rujuk rajah 1 dibawah.





Langkah 2.
Klik pada 'other' untuk dapatkan 'Blog tools'.
Rujuk rajah 2 di bawah.



Langkah 3.
Klik pada 'Export blog' untuk buat backup.
Klik pada butang 'Download Blog' untuk simpan backup di harddisk.
Rujuk rajah 3 di bawah.



Langkah 4.
Pilih dan nyatakan dimana perlu disimpan backup tersebut.
Pastikan klik 'Save'.
Rujuk rajah 4 di bawah.
Semua entri anda termasuk yang dalam folder 'draft' akan dibackup.



Alhamdulillah, sudah ada backup blog anda.

Tanya orang sebelah, 'amacam'.
Mudah ke mudah.

Sebagai peringatan, backup blog amat penting, terutama kepada mereka yang suka berkarya dan sudah lama berblog. Jangan menyesal nanti kiranya blog anda rosak, kena hack atau semua entri hilang tanpa dapat dijejaki.

Sekiranya berlaku juga seperti yang diatas, apa pula yang perlu dilakukan?

Recovery.

Ikuti Langkah 1 dan Langkah 2 seperti diatas.

Klik pada 'Import Blog'.
Klik pada 'Choose File' untuk pilih backup file.
Rujuk rajah 5 di bawah.



Setelah pilih backup file, masukkan 'prove'.
Klik butang 'Import Blog'.
Rujuk rajah 6 di bawah.



Semua entri dalam backup file akan disalin ke blog.

Tahniah!

Sekarang anda sudah boleh backup dan buat recovery blog anda.

Selain daripada untuk recovery, backup blog juga boleh digunakan sekiranya anda ingin pindahkan semua entri daripada satu blog ke blog yang lain. Contohnya, anda nak buka blog baru di blogspot.com dengan design dan setting yang lebih sesuai dengan keadaan semasa atau citrarasa terbaru anda.

Ikuti langkah mudah berikut:

1. Anda buat backup di blog lama.
2. Daftar blog baru.
3. Buat recovery dengan backup tersebut di blog yang baru.

Sangat mudah.

Tanya orang sebelah. 'amacam'.
Boleh ke boleh.

Sekiranya entri hari ini memberi menafaat, sila like dan share dengan kekawan.

Teruskan berblog.

wassalam.

No comments:

Post a Comment