Thursday, 2 October 2014

Rasionalisasi Subsidi

Assalamualaikum semua,
Moga anda semua sihat sejahtera selalu adanya.

Teringin juga nak berbicara mengenai isu semasa terkini.

Isu harga minyak naik masih lagi hangat diperkatakan. Newsfeed di Facebook, Instagram, Twitter, Whatsapp dan pelbagai saluran media sosial masih dipenuhi dengan berita harga minyak RON95 dan Diesel naik 20 sen. Ada yang kata, harga minyak tak naik pun, cuma subsidi aje yang dikurangkan. Ini dipanggil Rasionalisasi Subsidi.

Rasanya tiada siapa yang puas hati dengan kenaikan harga yang mendadak macam ni. Tapi kalau semua rakyat Malaysia nak marah pun, bukan boleh buat apa. Keputusan sudah dibuat.

Dari segi ekonomi, kenaikan harga minyak ini akan memberi kesan berantai kepada produk produk lain. Akan berlakunya peningkatan dalam kos pengangkutan. Selepas ini harga gula akan naik, harga tepung akan naik, harga telur akan naik, harga ikan akan naik, harga bawang akan naik, harga halia akan naik dan harga garam akan naik. Jangan terperanjat kalau harga roti canai dan nasi ayam pon akan naik juga. Pendek kata, SEMUA BARANG AKAN NAIK HARGA.

Saya pasti ini akan memberi impak yang teruk kepada kita semua sebagai pengguna. Ini belum lagi diambilkia dengan kenaikan tarif elektrik dan GST yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

Ini Masalah Dunia

Tiada apa yang mampu kita lakukan. Semua ini diluar kawalan kita. Kita tak boleh elak harga minyak akan naik. Kita tak boleh elak harga barang akan naik. Kita tak boleh elak berhadapan dengan krisis ekonomi.Terimalah seadanya. Dan tak pelulah kita buang masa untuk merubah sistem ekonomi dunia.

Sesuaikan Diri Dengan Keadaan Semasa

Harga barang tak naik pun kita dah terbeban. Inikan pula bila harga barang dah naik. Mestilah lagi terbeban. Saya tidak mampu mengubah ekonomi dunia. Tetapi, saya boleh mengubah ekonomi saya. Ekonomi dunia di luar kawalan saya. Tetapi, ekonomi saya dibawah kawalan saya. Saya boleh 'control' ekonomi saya sendiri. Saya yang pilih sama ada mahu mempunyai pendapatan besar atau pendapatan kecil. Saya juga boleh pilih samaada mahu berbelanja besar atau berjimat cermat.

Pilihan Di Tangan saya

Apa yang saya boleh buat untuk menghadapi situasi ini?  Hari ini gaji saya mungkin masih mampu menampung keperluan saya dan keluarga. Tapi suatu hari nanti, gaji saja tidak akan boleh menampung  'gegaran kewangan' ini. Saya kema buat sesuatu yang lain bagi mendapatkan hasil yang berlainan.

Dan saya memilih untuk buat bisnis, BISNIS ONLINE.

BISNES ONLINE ni sebenarnya memang mudah kalau tahu caranya, kalau ada mentornya, kalu ada ilmunya, ada sistem sokongannya dan ada set tindakan susulannya. 

Bagaimana nak mendapatkan semua itu??? 
Ha, tu anda kena hubungi saya di talian 019-2844337 atau tinggalkan mesej di wzamdan@gmail.com.

Kesimpulan 

Jangan biarkan diri kita terbelenggu atau dibelenggu oleh keadaan. Setiap masalah adalah cabaran. Setiap cabaran pula adalah peluang untuk memperbaiki diri ke tahap yang lebih baik. Setiap masalah yang datang ada pengajaran dan penyelesaian. Tapi penyelesaian hanya akan menjadi kenyataan kalau kita bertindak segera untuk mengubah nasib diri dan famili kita.







No comments:

Post a Comment