Selamat Datang Tahun 2015
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca sekalian.
Semoga anda semua beroleh kebaikan di dunia dan di akhirat.
Dah lama tak menulis disini, moga tahun 2015 ini saya diberi kekuatan untuk lebih istiqamah menulis.
Doakan saya ya.
Tahun 2014.
Tahun 2014 ditutup dengan musibah besar yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kelantan sebagai contoh, hampir keseluruhannya ditenggelami air bah. Kos kerosakan hartabenda pula dianggarkan hampir mencecah 1Billion Ringgit. Begitu juga yang terjadi dinegeri Terengganu dan Pahang. Malah beberapa kampong termasuk kampong saya Bukit Betong di Kuala Lipis juga mengalami kerosakan yang agak teruk. Kehilangan hartabenda, kerosakan jambatan dan lain-lain.
Jangan lupa, bersamala kita doakan agar mangsa-mangsa banjir ini, dimana jua mereka berada, diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.
Jangan lupa, bersamala kita doakan agar mangsa-mangsa banjir ini, dimana jua mereka berada, diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.
Tahun 2015
Kehadiran tahun baru 2015 pula dimulakan dengan berita gembira mengenai penurunan harga minyak. Dah lama betol tak dengar berita penurunan harga minyak ni. Tapi berita ini agak tenggelam, mungkin disebabkan oleh musibah yang melanda negara.
Berita gembira ini peliknya tidak pula diikuti dengan berita yang lebih gembira iaitu penurunan harga barang-barang lain. Tidak seperti ketika harga minyak dinaikkan dulu. Menyusul tak lama kemudian kenaikan harga hampir kebanyakan barang keperluan, atas alasan kos pengangkutan yang meningkat. Mungkin dalam masa terdekat ni akan ada berita gembira yang dinanti-nantikan ini. Diharapkan juga 1Feb ni nanti harga minyak akan turun lagi.
Maulidur Rasul
Sambutan Maulidur Rasul 1436H disambut dengan meriah di Putajaya. Pelbagai acara diadakan bagi mengingatkan kita kepada perjuangan besar Junjungan kita, Ar Rasulullah saw. Memang tidak akan sempat untuk menceritakan semuanya dalam 1hari tersebut, tapi sekurang-kurangnya boleh dijadikan pencetus untuk terus mengingati dan menghayati pengorbanan Ar Rasul saw. Kita akan menyambut dua kali Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu pada 12 RabiuAwal 1436H dan 1437H! Didoakan semoga kita semua akan menjadi insan-insan yang lebih bertaqwa tahun ini. Inn sya Allah.
Vitalea chewable
Lagi berita gembira awal tahun 2015 ialah berkaitan kemunculan semula Multivitamin Vita Lea untuk kanak-kanak. Dah lama benar ia tiada dipasaran tempatan. Kini ia tampil dengan formula yang telah diperbaharui.
Mengandungi 18 vitamin dan mineral penting yang diperlukan untuk tumbesaran tubuh dan perkembangan otak si manja agar menjadi sihat, kuat dan pintar. Ianya mudah dikunyah dengan rasa manis-manis buah anggur yang pasti digemari oleh anak-anak. Yang penting ianya Semulajadi, Selamat dan Berkesan. Ianya tidak mengandungi perasa, pewarna, pengawet atau pemanis tambahan. Apabila si manja kita sihat, maka akan kuranglah masalah-masalah berkaitan dengan selesema, batuk atau pon demam. Segalanya dengan izin Allah jua. Sesiapa yang rasa nak try Vita Lea ni boleh hubungi saya.
Semasa ketiadaan Vita Lea ni, ramai ibu-ibu yang menggunakan MEALSHAKE sebagai alternatif bagi mendapatkan kebaikan multivitamin. Bab ni saya cerita lain kali ya.
GST [6%]
Datang 1 April 2015 nanti akan terlaksanalah apa yang dikenali sebagai GST. Masih ramai yang tidak ambil kisah atau kurang memahami fungsi GST dan kesannya kepada kehidupan seharian. Dikhabarkan melebihi 300 ribu syarikat sudah berdaftar, bersetuju untuk melaksanakan GST. Sebagai penduduk bandar kita sebenarnya tidak dapat lari daripada GST ini. Kos sara hidup sudah pasti akan meningkat. Walaupon ada kedengaran beberapa NGO yang mencadangkan agar GST ini ditangguhkan dulu buat seketika, namum kita tunggu dan lihat sahaja nanti.
Walau apa pon saya doakan agar semua dapat membuat persiapan awal bagi menghadapi GST ni nanti.
Anda dah bersedia?
Sila share post ini dengan kawan.
.
No comments:
Post a Comment