Monday, 8 June 2015

SUSTAINED RELEASE VITAMIN C

VITAMIN C - Pelepasan Berperingkat Jam Demi Jam.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca sekalian.
Didoakan agar semua sihat adanya, kaya & berjaya di dunia serta akhirat.

Kali ni saya nak share mengenai SUSTAINED RELEASE VITAMIN C, salah satu produk terlaris dalam Shaklee.

SUSTAINED RELEASE VITAMIN C


Apakah maksud SUSTAINED RELEASE?
Secara mudahnya ia bermaksud pembebasan Vitamin C secara berterusan untuk selama 5 jam.

Setiap tablet mengandungi 500mg Vitamin C semulajadi (bersamaan 7.5 biji buah oren) dan selepas ditelan, Vitamin C akan dilepaskan secara berperingkat di dalam tubuh kita. Kira-kira bersamaan dengan 1.5 biji buah oren la setiap jam selama 5 jam!!

Tuesday, 26 May 2015

VITALEA IRON FORMULA

MULTI-VITAMIN PERTAMA DIDUNIA
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca sekalian.
Didoakan agar semua sihat adanya.

Kali ni saya nak share mengenai Vita Lea Iron Formula.


Multi-Vitamin Pertama di dunia

Tahukah anda dari mana datangnya perkataan VITAMIN?
Multivitamin yang pertama di dunia telah dicipta oleh DR FORREST C SHAKLEE pada tahun 1915. Wow! 100 tahun yang lalu tuu!! Asalnya dinamakan VITALIZED MINERALS. Yang paling menarik, masa tu Dr Shaklee baru je berumur 21 tahun. Hebat sungguh beliau kan.
Sejak itulah nama VITA-MIN diguna pakai oleh semua jenama.

Monday, 25 May 2015

Plastik Bocor.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca sekalian.

Kali ni saya nak share peringatan daripada seorang kenalan, semoga kita bersama-sama mendapat pengajaran.

##

 * PLASTIK BOCOR *

Hati-hati dengan plastik bocor.
Kamu ambil wudhuk dengan sempurna tapi mmbazir air [plastik bocor].

Kamu solat, sedekah, baca Quran, pergi haji dan umrah banyak kali tapi kamu membuat fitnah tentang orang  [plastik bocor].


Thursday, 5 March 2015

Backup entri Blog

BACKUP BLOG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca sekalian.

Kali ni nak share skit cara-cara nak backup entri di blog.

Sebelum ni pon ada orang bertanyakan cara-cara nak simpan semua entri yang telah dibuat. Masa tu saya tak berapa pasti caranya. Baru-baru ni dapat pula tunjuk ajar daripada sahabat dalam group. Jadi disini saya share cara-cara mudah untuk backup blog. Langkah yang ditunjukkan hanya sesuai untuk blogspot.com je ya.

Kredit kepada empunya blog afhamrusli.blogspot.com

Backup.

Langkah 1.
Sign In ke blogspot anda. Masuk ke dashboard dan klik pada 'setting'.
Rujuk rajah 1 dibawah.





Langkah 2.
Klik pada 'other' untuk dapatkan 'Blog tools'.
Rujuk rajah 2 di bawah.



Langkah 3.
Klik pada 'Export blog' untuk buat backup.
Klik pada butang 'Download Blog' untuk simpan backup di harddisk.
Rujuk rajah 3 di bawah.



Langkah 4.
Pilih dan nyatakan dimana perlu disimpan backup tersebut.
Pastikan klik 'Save'.
Rujuk rajah 4 di bawah.
Semua entri anda termasuk yang dalam folder 'draft' akan dibackup.



Alhamdulillah, sudah ada backup blog anda.

Tanya orang sebelah, 'amacam'.
Mudah ke mudah.

Sebagai peringatan, backup blog amat penting, terutama kepada mereka yang suka berkarya dan sudah lama berblog. Jangan menyesal nanti kiranya blog anda rosak, kena hack atau semua entri hilang tanpa dapat dijejaki.

Sekiranya berlaku juga seperti yang diatas, apa pula yang perlu dilakukan?

Recovery.

Ikuti Langkah 1 dan Langkah 2 seperti diatas.

Klik pada 'Import Blog'.
Klik pada 'Choose File' untuk pilih backup file.
Rujuk rajah 5 di bawah.



Setelah pilih backup file, masukkan 'prove'.
Klik butang 'Import Blog'.
Rujuk rajah 6 di bawah.



Semua entri dalam backup file akan disalin ke blog.

Tahniah!

Sekarang anda sudah boleh backup dan buat recovery blog anda.

Selain daripada untuk recovery, backup blog juga boleh digunakan sekiranya anda ingin pindahkan semua entri daripada satu blog ke blog yang lain. Contohnya, anda nak buka blog baru di blogspot.com dengan design dan setting yang lebih sesuai dengan keadaan semasa atau citrarasa terbaru anda.

Ikuti langkah mudah berikut:

1. Anda buat backup di blog lama.
2. Daftar blog baru.
3. Buat recovery dengan backup tersebut di blog yang baru.

Sangat mudah.

Tanya orang sebelah. 'amacam'.
Boleh ke boleh.

Sekiranya entri hari ini memberi menafaat, sila like dan share dengan kekawan.

Teruskan berblog.

wassalam.

Friday, 16 January 2015

Now Everyone Can Kurus

Now EveryOne Can Kurus


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca sekalian.

Alhamdulillah, akhirnya projek ebook baru Now EveryOne Can Kurus  telah selamat dilancarkan baru-baru ni.


Ebook ini merupakan kisah benar si penulis, bukannya satu rekaan ataupon hayalan semata-mata. Ditulis dengan sangat santai lagi mudah untuk diikuti dan difahami. Bila anda dah mula membaca, anda tak nak berhenti sebelom habis, percayalah.

Sejak dilancarkan tempoh hari, ebook ini telah dibaca oleh lebih daripada 1000 orang dan ramai yang rasa teruja dengan kualiti ebook ini.


Ketahuilah FORMULA MUDAH M.E.S.T.I KURUS!! 

Teknik ini telah terbukti berkesan membantu penulis menurunkan berat badan beliau dalam tempoh 100 hari!



Rakyat Malaysia.



Rezeki kita sebagai rakyat Malaysia. Kita kebanyakkannya mungkin gagal mengawal nafsu makan terutama terhadap makanan-makanan yang pelbagai di tempat kita, seperti dalam gambarajah dibawah. Semuanya sedap-sedap dan menyelerakan. yummmy! yummmy!


dan menurut sumber NHMS 2011 Kementerian Kesihatan Malaysia pula,

15.2% Rakyat Malaysia menghidap Penyakit Kencing Manis
32.7% Rakyat Malaysia mempunyai Tekanan Darah yang tinggi 
35.1% Rakyat Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi
33.3% Rakyat Malaysia adalah Lebih Berat Badan
27.2% Rakyat Malaysia adalah Obesiti (Gemuk)

Anda amat bertuah jikalau anda tidak termasuk didalam mana-mana kategori diatas.


Berpandukan kepada jadual BMI diatas, agak-agak berapa BMI anda?

Tapi kalau nak turunkan berat badan mestilah kena tahu caranya dan juga kena ada ilmu serta mentornya.

Jadi, saya sangat-sangat galakkan anda, bacalah ebook Now EveryOne Can Kurus ni.


Ebook ini kalau dijual,  harganya RM10.00, tapi hari ni saya nak bagi secara percuma saja. Anda cuma perlu tekan SHARE untuk share link ini di FB anda. [ini amanah daripada penulis ya untuk melayakkan anda mendapatkannya secara percuma. Amanah ya.]

Selepas tu boleh download ebook di sini :

www.noweveveryonecankurus.com/wzamdan

Semoga ebook ini memberi manfaat kepada anda, rakan rakan dan kenalan anda.

Doa saya semoga, "Allah berikan ganjaran syurga tanpa dihisab buat anda yang SHARE status ini. Amin"

Selamat Membaca!!

Jangan lupa ya share dengan kawan-kawan.

Monday, 12 January 2015

Selamat Datang Tahun 2015

Selamat Datang Tahun 2015


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca sekalian.
Semoga anda semua beroleh kebaikan di dunia dan di akhirat.
Dah lama tak menulis disini, moga tahun 2015 ini saya diberi kekuatan untuk lebih istiqamah menulis.
Doakan saya ya.

Tahun 2014.

Tahun 2014 ditutup dengan musibah besar yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kelantan sebagai contoh, hampir keseluruhannya ditenggelami air bah. Kos kerosakan hartabenda pula dianggarkan hampir mencecah 1Billion Ringgit. Begitu juga yang terjadi dinegeri Terengganu dan Pahang. Malah beberapa kampong termasuk kampong saya Bukit Betong di Kuala Lipis juga mengalami kerosakan yang agak teruk. Kehilangan hartabenda, kerosakan jambatan dan lain-lain.




Jangan lupa, bersamala kita doakan agar mangsa-mangsa banjir ini, dimana jua mereka berada, diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.


Tahun 2015

Kehadiran tahun baru 2015 pula dimulakan dengan berita gembira mengenai penurunan harga minyak. Dah lama betol  tak dengar berita penurunan harga minyak ni. Tapi berita ini agak tenggelam, mungkin disebabkan oleh musibah yang melanda negara.


Berita gembira ini peliknya tidak pula diikuti dengan berita yang lebih gembira iaitu penurunan harga barang-barang lain. Tidak seperti ketika harga minyak dinaikkan dulu. Menyusul tak lama kemudian kenaikan harga hampir kebanyakan barang keperluan, atas alasan kos pengangkutan yang meningkat. Mungkin dalam masa terdekat ni akan ada berita gembira yang dinanti-nantikan ini. Diharapkan juga 1Feb ni nanti harga minyak akan turun lagi.




Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul 1436H disambut dengan meriah di Putajaya. Pelbagai acara diadakan bagi mengingatkan kita kepada perjuangan besar Junjungan kita, Ar Rasulullah saw. Memang tidak akan sempat untuk menceritakan semuanya dalam 1hari tersebut, tapi sekurang-kurangnya boleh dijadikan pencetus untuk terus mengingati dan menghayati pengorbanan Ar Rasul saw. Kita akan menyambut dua kali Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu pada 12 RabiuAwal 1436H dan 1437H! Didoakan semoga kita semua akan menjadi insan-insan yang lebih bertaqwa tahun ini. Inn sya Allah.



Vitalea chewable

Lagi berita gembira awal tahun 2015 ialah berkaitan kemunculan semula Multivitamin Vita Lea untuk kanak-kanak. Dah lama benar ia tiada dipasaran tempatan. Kini ia tampil dengan formula yang telah diperbaharui. 



Mengandungi 18 vitamin dan mineral penting yang diperlukan untuk tumbesaran tubuh dan perkembangan otak si manja agar menjadi sihat, kuat dan pintar. Ianya mudah dikunyah dengan rasa manis-manis buah anggur yang pasti digemari oleh anak-anak. Yang penting ianya Semulajadi, Selamat dan Berkesan. Ianya tidak mengandungi perasa, pewarna, pengawet atau pemanis tambahan. Apabila si manja kita sihat, maka akan kuranglah masalah-masalah berkaitan dengan selesema, batuk atau pon demam. Segalanya dengan izin Allah jua. Sesiapa yang rasa nak try Vita Lea ni boleh hubungi saya.


Semasa ketiadaan Vita Lea ni,  ramai ibu-ibu yang menggunakan MEALSHAKE sebagai alternatif bagi mendapatkan kebaikan multivitamin. Bab ni saya cerita lain kali ya.


GST [6%]

Datang 1 April 2015 nanti akan terlaksanalah apa yang dikenali sebagai GST. Masih ramai yang tidak ambil kisah atau kurang memahami fungsi GST dan kesannya kepada kehidupan seharian. Dikhabarkan melebihi 300 ribu syarikat sudah berdaftar, bersetuju untuk melaksanakan GST. Sebagai penduduk bandar kita sebenarnya tidak dapat lari daripada GST ini. Kos sara hidup sudah pasti akan meningkat. Walaupon ada kedengaran beberapa NGO yang mencadangkan agar GST ini ditangguhkan dulu buat seketika, namum kita tunggu dan lihat sahaja nanti.



Walau apa pon saya doakan agar semua dapat membuat persiapan awal bagi menghadapi GST ni nanti.
Anda dah bersedia?

Sila share post ini dengan kawan.


.